Assignment kali nie pulak kitorang di suruh wat pasal tajuk Tilt-Shift. Yang mana pas gambar yang kite shot tue, kite kene masukkan dalam photoshop pulak untuk di edit. Gambar nie saya shot dekat sarawak plaza. Saya pegi ngan kawan seramai 4orang. Pada gambar ni saya tumpukan dekat kedudukan seorang kanak-kanak yang seperti sedang merenget meminta sesuatu dekat ayahnya. Saya gunakan kamera Canon 1000D milik saya sendiri. Saya gunakan speed = 1/13, Aperture = F5.6, ISO = 1600 dan lens = 18-55mm. Nie merupakan gambar yang mula-mula saya amik dekat dalam bangunan sarawak plaza tue, dan tempat yang mula-mula kami tuju.
Nie imej kedua yang saya shot. Tempat masih di Sarawak Plaza. Pada gambar nie saya tujukan dekat bas yang berwarna hijau itu. Dekat photoshop saya gunakan iris radius sebanyak 30 untuk menampakkan blur pada kawasan yang telah saya select dan inverse. Bangunan disekitar menunjukkan ianya blur. Imej ini saya gunakan speed = 1/125, Aperture = F8, ISO = 400 dan lens = 18-55mm.
Nie gambar ketiga yang saya pilih untuk tilt-shift nie, gambar nie nampak dramatik kerana menunjukkan kesungguhan seorang nelayan dalam mencari rezeki di laut. Saya shot gambar nie dari tingkat atas bangunan Sarawak Plaza yang menunjukkan arah ke waterfront. Pada gambar nie saya edit dekat photoshop menggunakan iris radius sebanyak 35 untuk menunjukkan blur di kawasan yang saya tidak tonjolkan. Saya gunakan speed = 1/125, Aperture = F8, ISO = 400 dan lens = 18-55mm.