Isnin, 25 Oktober 2010

Final Web

Home
Ini merupakan web design saya yang mana ianya berkonsepkan irama nasyid. Nama artis adalah 'Hakim' seperti mana yang tertera pada interface web tersebut. Saya membuat lima navigation pada web ini. Pada interface pertama iaitu pada navigation 'home', saya letakkan imej flash yang terdiri daripada tiga imej yang berlainan. Saiz yang digunakan untuk imej flash tersebut adalah 1024 x 250.





Photo
Pada navigation photo saya letakkan imej-imej artis tersebut sebagai tatapan para pengunjung.



Album
Pada navigation album, terdapat 3 buah album yang telah dihasilkan. Album pertama bertajuk 'Di Bawah Satu Cahaya'. Album kedua 'Kembara Zikir' dan yang terakhir bertajuk 'Alunan Doa & Selawat'.




About Us

Contact Us


Isnin, 23 Ogos 2010

Rabu, 7 April 2010

Annah Rais

Landscape
Gambar ni saya tangkap dekat annah rais. Ari tu kitorang pergi sana bersama dengan pensyarah untuk melihat keadaan suasana di sana. Dan pensyarah telah memberi tugasan dengan menyuruh kami menangkap gambar tentang nature, landscape dan potrait. Yang ini merupakan gambar landscape yang saya tangkap. Saya gunakan kamera milik saya sendiri iaitu Canon EOS 1000D dengan menggunakan speed 1/100 sec, aperture F5 dan ISO speed 1600.

Yang ini merupakan gambar landscape saya yang kedua iaitu ayam. Gambar diambil masa kitorang dekat sungai. Gambar ni saya gunakan speed sebanyak 1/50 sec, aperture F5.6 dan ISO speed 400.

Gambar tengkorak ni pulak gambar landscape saya yang ketiga. Saya tangkap dekat 'head house' atau lebih dikenali sebagai 'Panggah'. Saya gunakan speed sebanyak 1/60 sec, aperture F4 dan ISO speed sebanyak 400. Saya gunakan flash kerana suasana gelap di dalam rumah tersebut.

Potrait


Gambar pakcik ni pulak merupakan gambar jenis potrait pulak. Syahdu jugak masa tangkap gambar pakcik ni, teringat kat datuk yang dah takde.. Yang ni saya tangkap dengan menggunakan kamera saya jugak dengan menggunakan speed sebanyak 1/100 sec, aperture F5 dan ISO speed sebanyak 1600 kerana suasana agak kelam pada waktu itu kerana hendak hujan.

Yang ni gambar potrait saya yang kedua. Gambar pakcik nie saya tangkap masa nak pergi ke sungai. Seronok pakcik ni nampak kitorang. Walaupun sudah berusia die masih nampak kuat lagi, syabas pakcik.. Gambar ni saya gunakan speed 1/125 sec, aperture F5.6 dan ISO speed 1600.

Gambar bakul ni merupakan gambar potrait ketiga yang saya ambil. Bakul inilah yang digunakan seharian oleh penduduk di rumah panjang tersebut untuk mencari rezeki diorang. Yang ni saya gunakan speed 1/60 sec, aperture F4.5 dan ISO speed 400.

Gambar buah ni saya tangkap menggunakan speed 1/125 sec, aperture F9 dan ISO speed 800.

Nature


Gambar bunga ni merupakan gambar untuk nature yang pertama. Saya tangap dekat dengan sungai dan ketika itu waktu selepas hujan. Gambar kelihatan cantik hasil daripada air yang terdapat pada bunga tersebut. Saya gunakan speed sebanyak 1/250 sec, aperture F13 dan ISO speed 800.

Gambar nature kedua ni pulak gambar bunga juga. Saya gunakan speed sebanyak 1/160 sec, aperture F10 dan ISO speed 800. Air yang terdapat pada bunga tersebut menampakkan kesegaran bunga itu.

Gambar pepatung ni saya tangkap dekat dengan kawasan sunagi juga, ianya sedang bertenggek dekat pokok pisang. Saya gunakan speed 1/80 sec, aperture F5.6 dan ISO speed 400.

Seterusnya gambar ni saya ambil masa berjalan kaki menuju ke sungai, perjalanan yang sungguh memenatkan. Dan saya teruja dengan gambar ini kerana terdapat cahaya yang menarik pada gambar ini. Saya gunakan speed 1/80 sec, aperture F7-1 dan ISO speed 400.

Gambar ayam ini saya gunakan speed 1/100 sec, aperture F5.6 dan ISO speed 800.

Rabu, 24 Mac 2010

Product Photo

Tugasan kali ni saya dengan kawan-kawan mengambil gambar produk untuk asigment kali ni, dan kami telah memilih produk minyak wangi 'Dashing' sebagai produk kami. Minyak wangi ini merupakan milik saya sendiri.  Gambar di atas merupakan gambar yang terbaik bagi saya dengan cahaya yang cukup yang terdapat pada minyak wangi tersebut. Gambar ini diambil menggunakan kamera Canon EOS 1000D milik kawan saya. Saya menggunakan  speed : 1/50sec, aperture : F5.6 dan ISO speed sebanyak 200. 





Rabu, 17 Mac 2010

Glamor Fotografi

Tugasan kali nie kami dikenakan mengambil gambar seorang model. Kami seramai 5 orang telah mengambil seorang model daripada art management sebagai model kami. Gambar ini merupakan gambar eksperimen saya pada mula-mula.





Rabu, 17 Februari 2010

Tilt-Shift (17.02.2010)

 
Assignment kali nie pulak kitorang di suruh wat pasal tajuk Tilt-Shift. Yang mana pas gambar yang kite shot tue, kite kene masukkan dalam photoshop pulak untuk di edit. Gambar nie saya shot dekat sarawak plaza. Saya pegi ngan kawan seramai 4orang. Pada gambar ni saya tumpukan dekat kedudukan seorang kanak-kanak yang seperti sedang merenget meminta sesuatu dekat ayahnya. Saya gunakan kamera Canon 1000D milik saya sendiri. Saya gunakan speed = 1/13, Aperture = F5.6, ISO = 1600 dan lens = 18-55mm. Nie merupakan gambar yang mula-mula saya amik dekat dalam bangunan sarawak plaza tue, dan tempat yang mula-mula kami tuju.
  
 
Nie imej kedua yang saya shot. Tempat masih di Sarawak Plaza. Pada gambar nie saya tujukan dekat bas yang berwarna hijau itu. Dekat photoshop saya gunakan iris radius sebanyak 30 untuk menampakkan blur pada kawasan yang telah saya select dan inverse. Bangunan disekitar menunjukkan ianya blur. Imej ini saya gunakan speed = 1/125, Aperture = F8, ISO = 400 dan lens = 18-55mm.
  
Nie gambar ketiga yang saya pilih untuk tilt-shift nie, gambar nie nampak dramatik kerana menunjukkan kesungguhan seorang nelayan dalam mencari rezeki di laut. Saya shot gambar nie dari tingkat atas bangunan Sarawak Plaza yang menunjukkan arah ke waterfront. Pada gambar nie saya edit dekat photoshop menggunakan iris radius sebanyak 35 untuk menunjukkan blur di kawasan yang saya tidak tonjolkan. Saya gunakan speed = 1/125, Aperture = F8, ISO = 400 dan lens = 18-55mm.
   

Rabu, 10 Februari 2010

Bokeh (10.02.2010)


 
Haa nie gambar yang terbaik setelah berbagai settting dibuat, hehe... Imej Bokeh nampak agak jelas dengan cahaya warna merah dengan putih. Cahaya merah tue adalah lampu tanglung yang digantung dekat tempat rehat yang dekat waterfront tue. Saya gunakan Speed = 1" dengan Aperture = F5.6, manakala ISO saya masih tetap gunakan 800 dan lens 18-55mm. 

Yang nie pulak adalah imej yang terbentuk daripada bentuk hati. Nie pun gambar yang terbaik bagi saya, hehe... Cahaya nie saya dapat apabila kamera saya saya tujukan dekat lampu LED yang membentuk bunga raya dekat jalan di waterfront tue. Itu yang terdapat bermacam-macam warna, hehe... Gambar nie saya gunakan Speed = 1/5, Aperture = F 5.6, manakala ISO saya gunakan 1600 dan lens 18-55mm.

Gambar nie pulak menunjukkan imej Bokeh segi tiga. Gambar ni saya ambil ni lampu isyarat dekat dengan jambatan. Masa nie kitorang sudah beralih tempat.. Ni pun bagi saya gambar yang terbaik sebab banyak cahaya warna yang terhasil. Yang ni saya gunakan Speed = 1/6, Aperture = 5.6, ISO pulak saya dah lupa saya guna ISO berapa sebab banyak kali setting, mungkin dalam 800 atau 1600. Dan lens saya guna 18-55mm.
 
 


Rabu, 3 Februari 2010

Painting With Light


Speed : 20"
Aperture : F11
ISO : 200
Lens : 18-55mm



Speed : 15"
Aperture : F14
ISO : 200
Lens : 18-55mm




Speed : 21"
Aperture : F16
ISO : 100
Lens : 18-55mm




















Composition (27.01.2010)




Speed : 1/320
Aperture : F5.0
Lens : 18-55mm

Gambar nie saya tangkap dekat ngan akuarium kat bandar Kuching. Masa tue saya jalan-jalan sambil tangkap untuk assignment nie.




Speed : 4"
Aperture : F10
Lens : 18-55mm

Gambar line nie saya tangkap kat highway mana ntah, saya pun da lupe, hehe... Mula-mula memang letih nak dapatkan line nie, nak cari cahaya yang betul-betul cukup memang banyak kali kene setting. Akhirnya dapatla line nie...




Speed : 1/50
Aperture : F8.0
Lens : 18-55mm

Yang nie pulak gambar ditangkap kat taman sahabat untuk dapatkan texture.




Speed : 1/5
Aperture : F9.0
Lens : 18-55mm

Pattern nie ditangkap di dalam masjid, yang kebiasaannya ada kat syiling masjid.


Symmetry

Speed : 1/6
Aperture : F6.3
Lens : 18-55mm

Lif nie pulak saya tangkap dekat airport. Masa tue saya tangkap pada waktu malam.