Gambar ni saya tangkap dekat annah rais. Ari tu kitorang pergi sana bersama dengan pensyarah untuk melihat keadaan suasana di sana. Dan pensyarah telah memberi tugasan dengan menyuruh kami menangkap gambar tentang nature, landscape dan potrait. Yang ini merupakan gambar landscape yang saya tangkap. Saya gunakan kamera milik saya sendiri iaitu Canon EOS 1000D dengan menggunakan speed 1/100 sec, aperture F5 dan ISO speed 1600.
Yang ini merupakan gambar landscape saya yang kedua iaitu ayam. Gambar diambil masa kitorang dekat sungai. Gambar ni saya gunakan speed sebanyak 1/50 sec, aperture F5.6 dan ISO speed 400.
Gambar tengkorak ni pulak gambar landscape saya yang ketiga. Saya tangkap dekat 'head house' atau lebih dikenali sebagai 'Panggah'. Saya gunakan speed sebanyak 1/60 sec, aperture F4 dan ISO speed sebanyak 400. Saya gunakan flash kerana suasana gelap di dalam rumah tersebut.
Potrait
Gambar pakcik ni pulak merupakan gambar jenis potrait pulak. Syahdu jugak masa tangkap gambar pakcik ni, teringat kat datuk yang dah takde.. Yang ni saya tangkap dengan menggunakan kamera saya jugak dengan menggunakan speed sebanyak 1/100 sec, aperture F5 dan ISO speed sebanyak 1600 kerana suasana agak kelam pada waktu itu kerana hendak hujan.
Yang ni gambar potrait saya yang kedua. Gambar pakcik nie saya tangkap masa nak pergi ke sungai. Seronok pakcik ni nampak kitorang. Walaupun sudah berusia die masih nampak kuat lagi, syabas pakcik.. Gambar ni saya gunakan speed 1/125 sec, aperture F5.6 dan ISO speed 1600.
Gambar bakul ni merupakan gambar potrait ketiga yang saya ambil. Bakul inilah yang digunakan seharian oleh penduduk di rumah panjang tersebut untuk mencari rezeki diorang. Yang ni saya gunakan speed 1/60 sec, aperture F4.5 dan ISO speed 400.
Gambar buah ni saya tangkap menggunakan speed 1/125 sec, aperture F9 dan ISO speed 800.
Nature
Gambar bunga ni merupakan gambar untuk nature yang pertama. Saya tangap dekat dengan sungai dan ketika itu waktu selepas hujan. Gambar kelihatan cantik hasil daripada air yang terdapat pada bunga tersebut. Saya gunakan speed sebanyak 1/250 sec, aperture F13 dan ISO speed 800.
Gambar nature kedua ni pulak gambar bunga juga. Saya gunakan speed sebanyak 1/160 sec, aperture F10 dan ISO speed 800. Air yang terdapat pada bunga tersebut menampakkan kesegaran bunga itu.
Gambar pepatung ni saya tangkap dekat dengan kawasan sunagi juga, ianya sedang bertenggek dekat pokok pisang. Saya gunakan speed 1/80 sec, aperture F5.6 dan ISO speed 400.
Seterusnya gambar ni saya ambil masa berjalan kaki menuju ke sungai, perjalanan yang sungguh memenatkan. Dan saya teruja dengan gambar ini kerana terdapat cahaya yang menarik pada gambar ini. Saya gunakan speed 1/80 sec, aperture F7-1 dan ISO speed 400.
Gambar ayam ini saya gunakan speed 1/100 sec, aperture F5.6 dan ISO speed 800.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan